QR Code

Support

Program Jelajah Sokongan Road To Tokyo 2020 telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican pada 14 April 2021.

Program yang bertujuan mendapatkan sokongan masyarakat seluruh negara ini akan menjelajah seluruh negara bermula di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil pada 14 April 2021 dan seterusnya ke Johor Darul Takzim pada 25 April 2021.

Jelajah akan bermula di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad ke Anjung Mydin, Nusajaya sejauh 5 kilometer sebelum diteruskan ke Bazar Ramadhan Gelang Patah (5.1km) dan berakhir di Bazar Ramadhan Perling Mall.

Program yang akan bermula jam 3.30 petang ini dijangka akan dilepaskan oleh YAB Menteri Besar Johor.

Program jelajah ini akan diwakili oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada 5 orang setiap negeri dan dijangka akan berakhir di Kuala Lumpur pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang pada Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 pada bulan Julai nanti.

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo