QR Code

Support

SEREMBAN, 29 April – Negeri Sembilan menjadi destinasi terakhir zon selatan bagi Konvoi Jelajah Sokongan Kontinjen Road To Tokyo 2020 yang bermula 24 April lalu.

Konvoi yang melibatkan 25 buah kenderaan itu dilepaskan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun pada majlis yang berlangsung di Perkarangan Lobi Wisma Negeri.

Turut hadir Dato’ Haji Mohamad Taufek Abd Ghani (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan), Dato’ Masri Razali (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan), Dato’ Ahmad Shapawi Ismail (Ketua Pengarah MSN), Dato’ Sabudin Haji Sani (Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan) dan Encik Zul Fadhli Abd Aziz (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan).

Kayuhan yang melibatkan warga Negeri Sembilan itu melalui 3 lokasi berbeza iaitu di Bazar Ramadhan Stadium Paroi, Hadapan Jakel Senawang dan Pintu Utama Seremban Centrepoint.

Program Jelajah Sokongan Kontinjen Road To Tokyo 2020 adalah bertujuan mendapatkan sokongan masyarakat sekaligus membangkitkan semangat atlet yang akan berjuang di temasya Sukan Olimpik yang akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 dan Sukan Paralimpik yang akan diadakan pada 24 Ogos hingga 5 September 2021.

Konvoi akan beralih ke Zon Pantai Timur pada bulan Mei, Zon Utara Semenanjung pada Jun, diikuti Sabah, Sarawak Perak, Selangor dan Putrajaya dengan jarak keseluruhan 4,378 kilometer selama 29 hari.

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo