QR Code

Support

KUALA LUMPUR, 7 MEI – Atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin raih tonik terbaik menjelang Sukan Paralimpik Tokyo Jepun nanti apabila melakukan kejutan dengan merangkul pingat emas pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di Bangkok, Thailand.

Atlet kelahiran Sarawak tersebut melakukan angkatan seberat 226 kilogram (kg) sekaligus meletakkan beliau di ranking pertama dunia.

Bonnie menewaskan lawan dari Iran, Nader Moradi yang melakukan angkatan 204kg, manakala atlet Kazakhstan, Alexandr Daskov di tempat ketiga dengan angkatan 140kg.

Ranking angkatan bagi acara 72kg sebelum ini dipegang oleh atlet Iran, Rohuallah Bustami dengan angkatan 225kg.

Dalam pada itu, Bibiana Ahmad memenangi emas acara 67kg wanita dengan angkatan 80kg sekaligus melepasi sasaran yang ditetapkan dalam persediaan ke Sukan Para ASEAN Vietnam 2021.

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo