QR Code

Support

KUALA LUMPUR, 8 MEI – Pemenang pingat emas acara 10 meter (m) platform individu pada Piala Dunia Terjun FINA 2021, Pandelela Rinong tiba di ibu negara awal pagi.
 
Pandelela yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) bersama rakan sepasukan yang lain dan barisan kejurulatihan disambut penghargaan oleh Majlis Sukan Negara yang dihadiri Ketua Pengarah, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail.
 
Pada kejohanan yang berlangsung di Tokyo, Pandelela berjaya meraih pingat emas manakala rakan sepasukan, Cheong Jun Hoong turut menceriakan kem negara apabila menempah slot ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
 
Ini merupakan acara kelayakan terakhir sebelum sukan berprestij dunia itu berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.
Sehingga kini seramai 13 orang atlet telah berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang melibatkan 5 jenis sukan iaitu Akuatik-Terjun, Pelayaran, Berbasikal, Memanah dan Gimnastik Artistik.

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo