QR Code

Support

NILAI, 26 JUN – Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican hari ini meninjau persiapan skuad berbasikal negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Velodrom Nasional Malaysia.
 
Dua pelumba negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Mohd Shah Firdaus Sahrom kini menjalani latihan fasa akhir di Velodrom Nasional Malaysia sebelum berlepas ke Tokyo 25 Julai depan.
 
Dato’ Sri Reezal turut berkesempatan menyaksikan perlumbaan simulasi melibatkan atlet Olimpik, atlet podium dan pelapis kebangsaan.
 
Mengulas mengenai persiapan skuad berbasikal, Dato’ Sri Reezal berkata kedua-dua pelumba kini berada di tahap semangat tertinggi dan bersedia memberikan persembahan terbaik di Tokyo.
 
Dato’ Sri Reezal turut memberikan kata-kata semangat kepada kedua-dua pelumba yang berada dalam gelembung sukan ketika ini.
Pada kejohanan simulasi yang berlangsung, Azizulhasni dan Shah Firdaus masing-masing memenangi acara pecut dan keirin.

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo