QR Code

Support

KUALA LUMPUR, 8 JULAI – Pasukan pelayaran yang terdiri daripada 3 pegawai dan 4 atlet menjadi pasukan pertama Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Skuad pelayaran yang berlepas pagi tadi diketuai atlet berpengalaman, Khairulnizam Mohd Affendy (laser lelaki) bersama Nur Shazrin Mohamad Latif (laser wanita), Nor Aisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali (International 470 wanita).

Ketua Pengarah MSN, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail turut meluangkan masa mengiringi pelepasan skuad pelayaran, bersama Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) Datuk Kamaruzzaman Abu Kasim.

Kumpulan kedua atlet dijangka akan berlepas ke Tokyo 17 Julai ini dan kumpulan terakhir pada 25 Julai 2021.

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo