QR Code

Support

YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan mengadakan tinjauan persediaan dan persiapan atlet olahraga dan para olahraga negara yang akan menggalas tugas besar di temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Mini MSN Bukit Jalil petang tadi.

Dato’ Sri Reezal berharap skuad olahraga dan para olahraga yang giat menjalani latihan dapat mencipta sejarah tersendiri di temasya tersebut sama ada membawa pulang pingat untuk negara, mencipta rekod kebangsaan, meningkatkan ranking atau mencipta rekod terbaik peribadi.

“Mereka melalui cabaran untuk menyertai pertandingan pendedahan secara kompetetif kerana amat sedikit. Seperti Hup Wei yang tidak dapat menyertai mana-mana kejohanan kecuali di Uzbekistan baru-baru ini. Tetapi mereka menunjukkan kesungguhan. Saya mempunyai keyakinan, dengan kesungguhan apa saja boleh berlaku.

“Para olahraga pula kita mempunyai 3 orang pemenang pingat emas di Rio dan beberapa atlet lain yang berpotensi menjadi penyumbang pingat emas untuk negara”.

Skuad olahraga akan diwakili Hup Wei dalam acara lompat tinggi dan Azreen Nabila Alias dalam acara 100 meter wanita.
Para olahraga pula menyaksikan 5 atlet telah melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Tokyo termasuklah Mohamad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20), Abdul Latif Romly (lompat jauh T20), Mohamad Ridzuan Mohd Puzi (100m T36), Wong Kar Gee (lompat jauh T12) dan Siti Nor Iasah Mohamad Ariffin (400m T20).

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo