QR Code

Support

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Munajat untuk Kontinjen Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 secara dalam talian bersama YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan hari ini.

Bacaan Yassin dan Doa Munajat ini merupakan sebahagian daripada kalendar program semarak Demi Malaysia sebagai tanda sokongan kepada atlet negara yang akan berjuang di Tokyo bermula 23 Julai ini.

YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican berkata majlis yang diadakan ini adalah bagi memohon kehadrat Allah Taala agar segala urusan kontinjen negara ke Tokyo, Jepun berjalan dengan lancar serta dilindungi daripada jangkitan virus COVID-19.

Beliau menjelaskan KBS amat menitik berat tentang keselamatan dan kesihatan para atlet serta ahli kontinjen yang membawa misi besar negara serta harapan seluruh rakyat Malaysia.

“Pagi ini adalah salah satu ikhtiar kita mendoakan agar kontinjen negara kita selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air dengan membawa pulang kejayaan”.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bersama-sama memohon dan mendoakan agar wira serta wirawati negara dipelihara dari sebarang musibah dan membawa kilauan pingat di temasya Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo