QR Code

Support

Penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi bersama jurulatih, Mohd Yusri Jusoh berlepas ke Tokyo menerusi penerbangan MH070 Malaysia Airlines.

Nru Suryani akan membuat penampilan keduanya di Sukan Olimpik dan akan beraksi dalam acara kegemarannya, 50 meter (m) Rifle 3 Position individu wanita.

Nur Suryani yang memegang rekod kebangsaan 50m Rifle 3 Position individu wanita dengan skor 1170 layak ke Tokyo selepas menjadi atlet pilihan Persatuan Kebangsaan Menembak Malaysia (NSAM) yang menerima satu slot wild card, awal bulan lepas.

Pada edisi 2012 di London, Nur Suryani menamatkan saingan 10m Air Rifle individu di kedudukan ke-34, namun mencuri tumpuan media dan peminat sukan global apabila bertanding meskipun sedang sarat mengandung lapan bulan.

#DemiMalaysia

#KontinjenMALAYSIA 

#Tokyo2020

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo