QR Code

Support

KUALA LUMPUR, 17 Julai – YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan meneruskan sesi lawatan turun padang “DemiMalaysia” bagi meninjau persiapan fasa akhir atlet para negara yang akan bertanding di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Pusat Latihan Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Pada sesi lawatan berkenaan, YB Dato’ Sri Reezal Merican menyatakan keterujaan beliau melihat penyertaan atlet para negara untuk acara sukan para badminton yang pertama kali diadakan ditemasya Paralimpik Tokyo 2020.

Beliau turut dimaklumkan untuk acara sulung ini, Malaysia akan diwakili oleh dua orang atlet negara iaitu Cheah Liek Hou yang menduduki ranking ke-2 dunia dan Didin Terasoh yang berada dikedudukan ke-7 dunia. Kedua-dua mereka telah berjaya layak secara merit.

“Ini merupakan penampilan pertama yang bakal dibuat oleh atlet paralimpik negara iaitu Cheah Liek Hou dalam acara perseorangan SU5 iaitu kategori kecacatan bahagian atas dan Didin Taresoh dalam acara perseora,” kata YB Dato’ Sri Reezal Merican.

Selain atlet para badminton, YB Dato’ Sri Reezal Merican turut mengambil peluang melihat persiapan akhir Chew Wei Lun yang merupakan atlet dari sukan Boccia yang kini berada dikedudukan ke-11 dunia dan Chee Chao Ming untuk acara ping pong yang kini berada di ranking ke-19 dunia.

“Secara keseluruhannya saya melihat persiapan pasukan paralimpik berada pada tahap yang baik mengikut jadual yang telah ditetapkan. Atlet-atlet yang telah layak juga sentiasa menunjukkan komitmen dan kesungguhan mereka lebih-lebih lagi yang pertama kali berada di pentas berprestij ini”.

Beliau turut memberi penekanan soal kesihatan dan keselamatan atlet paralimpik sepanjang masal lebih-lebih lagi untuk mengelak sebarang penularan wabak COVID-19.

Turut hadir pada sesi lawatan Dato’ Ahmad Shapawi Ismail Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN).

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo