QR Code

Support

KUALA LUMPUR, 19 JULAI – Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican hari ini mengumumkan tiga pingat termasuk satu pingat emas menjadi sasaran Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jelas Dato’ Sri Reezal sasaran itu tertumpu kepada sukan badminton, basikal trek dan akuatik terjun.

Beliau menganggap sasaran itu realistik selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk cabaran besar terpaksa diharungi atlet terutama apabila mereka tidak dapat menjalani latihan secara biasa dan gagal mendapat pendedahan melalui penyertaan kejohanan kompetitif bagi meningkatkan daya persaingan.

“Dengan keadaan semasa dan tidak mahu menafikan kesungguhan atlet yang benar-benar ingin hadiahkan dan bawa pulang emas pertama buat negara, sasaran tiga pingat dan satu daripadanya adalah emas dianggap realistik”.

Pada edisi 2016 di Rio, Malaysia berjaya membawa pulang 4 pingat perak dan satu gangsa.

Sukan Olimpik kali ini Malaysia akan diwakili 30 atlet yang akan beraksi dalam 27 acara meliputi 10 jenis sukan.

Selain itu, Dato’ Sri Reezal turut mengumumkan sasaran tiga pingat emas bagi kontinjen negara ke Sukan Paralimpik Tokyo yang akan berlangsung hujung bulan depan.

“Tumpuan dan sandaran kali ini ini adalah pada sukan olahraga, powerlifting, badminton dan memanah”.

Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo akan diwakili 22 atlet dan dijadual bermula 24 Ogos hingga 5 September 2021.

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo