QR Code

Support

KUALA LUMPUR, 25 JULAI – 10 individu termasuk atlet, jurulatih dan pengurus pasukan berlepas ke Sukan Olimpik Tokyo pagi tadi.

Jaguh berbasikal trek negara, Dato’ Mohd Azizulhasni Awang mengetuai kumpulan terakhir kontinjen Malaysia ke Tokyo menaiki pesawat Malaysia Airlines MH070 pada jam 9.50 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selain Mohd Azizulhasni, empat lagi atlet yang turut berlepas ke Tokyo adalah Muhammad Shah Firdaus Sahrom, penerjun wanita Cheong Jun Hoong serta Lee Hup Wei dan Azreen Nabila Alias masing-masing mewakili sukan olahraga.

Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican turut berlepas ke Tokyo menaiki pesawat sama bagi memberikan sokongan kepada atlet negara yang berjuang di bumi Tokyo.

Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tiba di KLIA bagi memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada barisan atlet negara.

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo