QR Code

Support

Welcome home Nation Heroes❤️

Atlet negara yang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 iaitu Welson Sim, Phee Jinq En (renang), Leong Mun Yee (terjun) dan Syaqiera Masyaikh (memanah) tiba di ibu negara sebentar tadi.

Phee Jinq En memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 100 meter kuak dada pada aksi saringan kedua pusingan kelayakan.
Welson Sim pula merakam catatan masa terbaik tahun ini dalam acara 200 meter gaya bebas.

Syaqiera Masyaikh turut merakam catatan peribadi terbaik dengan 630 mata pada aksi kelayakan acara recurve individu wanita sekaligus menamatkan saingan di kedudukan ke 43 daripada 64 pemanah.

Leong Mun Yee yang bergandingan Pendelela Rinong menamatkan aksi di kedudukan ke 8 keseluruhan dalam acara 10 meter platform seirama wanita.

#DemiMalaysia
#KontinjenMALAYSIA
#Tokyo2020

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo