QR Code

Support

Wira badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tiba di tanah air dengan kejayaan membawa pulang pingat gangsa menerusi acara beregu lelaki.

Pingat gangsa diraih Aaron-Wooi Yik di Tokyo merupakan pingat pertama Kontinjen Malaysia pada temasya sukan berprestij dunia itu.
Mereka yang tiba bersama rakan sepasukan dan atlet dari sukan memanah, olahraga dan menembak akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kepulangan atlet negara disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

#DemiMalaysia
#KontinjenMALAYSIA
#Tokyo2020

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo