QR Code

Support

Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara rasmi melabuhkan tirai sebentar tadi.

Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach mengisytiharkan temasya terbesar dunia itu tamat dan bendera Olimpik diserahkan kepada Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo untuk temasya 2024.

Amerika Syarikat (AS) mengungguli carta pungutan pingat dengan 39 pingat emas, hanya satu emas mengatasi China di kedudukan kedua.
Tuan rumah, Jepun pula meraih 27 emas untuk menduduki tempat ketiga manakala Britain di tempat keempat dengan 22 emas.

Malaysia menamatkan saingan pada temasya Olimpik Tokyo di kedudukan ke 74 keseluruhan dengan dua pingat menerusi Dato’ Azizulhasni Awang yang memenangi pingat perak dalam acara keirin dan Aaron Chia / Soh Wooi Yik yang meraih pingat gangsa dalam acara badminton beregu lelaki.

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo