QR Code

Support

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dibuka secara rasmi sebentar tadi oleh Maharaja Jepun, Naruhito di Stadium Olimpik Tokyo.
Perarakan masuk Kontinjen Malaysia didahului pembawa Jalur Gemilang, atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin dan atlet para olahraga, Siti Nor Iasah Mohamad Ariffin.

Kontinjen negara tampil bergaya mengenakan persalinan inspirasi dari pemakaian Laksamana Hang Tuah. Manakala busana wanita lengkap berdokoh dan selendang.

Persalinan Kontinjen Malaysia dihiasi dengan corak songket bunga tabur diolah dari motif tradisional tampuk manggis dimana ia dapat dilihat pada tanjak dan samping serta kain dan selendang wanita.

Kontinjen Malaysia diwakili 22 atlet yang akan menyertai 9 jenis sukan.

#DemiMalaysia
#KontinjenMALAYSIA
#Tokyo2020
#Paralympics

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo