QR Code

Support

Pemenang pingat perak boccia Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Chew Wei Lun dan jaguh lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli diberi sambutan wira sebaik tiba di ibu negara petang tadi.

Turut pulang bersama mereka ialah atlet olahraga wanita, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin dan perenang lelaki, Nur Syaiful Zulkafli selain empat jurulatih iaitu Mohd Faizol Harun, Aiman Hafizi Abu Bakar, Raja Zahrule Azhar Raja Khairul Anwar dan Li Xinxin.

Mereka yang tiba dari Tokyo selepas menamatkan saingan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 disambut Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu bersama Timbalan Menteri, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker.

Ketibaan mereka turut disambut oleh mantan Menteri KBS, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican dan YB Syed Saddiq Abdul Rahman.
Mereka akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah hotel mengikut prosuder yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

#DemiMalaysia
#KontinjenMALAYSIA
#Tokyo2020
#Paralympics

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo