QR Code

Support

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 secara rasmi melabuhkan tirai sebentar tadi.

Atlet para badminton negara, Cheah Liek Hou membawa jalur gemilang pada upacara penutupan yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo itu.

Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Andrew Parsons mengisytiharkan temasya terbesar dunia itu tamat dan bendera Paralimpik diserahkan kepada Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo untuk temasya 2024.

China mengungguli carta pungutan pingat dengan 96 pingat emas, diikuti Great Britain di kedudukan kedua dengan 41 pingat emas.
Amerika Syarikat menduduki tempat ketiga manakala Jawatankuasa Paralimpik Rusia di tempat keempat.

Malaysia menamatkan saingan pada temasya Paralimpik Tokyo di kedudukan ke 39 keseluruhan dengan tiga pingat emas dan dua pingat perak.

Pingat emas diraih menerusi Bonnie Bunya Gustin (powerlifting), Cheah Liek Hou (badminton) dan Abdul Latif Romly manakala pingat perak diraih menerusi Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia).

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo