QR Code

Support

Sekitar sambutan wira negara, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Abdul Latif Romly dan Cheah Liek Hou yang tiba di ibu negara petang semalam.

Turut pulang bersama mereka ialah atlet olahraga, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi bersama jurulatih iaitu R.Jeganathan, Mohd Syahrul Amri Mohd Suhaimi dan Dato’ Abd. Rashid Dato’ Hj Mohd Sidek.

Mereka yang tiba dari Tokyo selepas menamatkan saingan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 disambut Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu bersama Timbalan Menteri, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker.

Mereka akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah hotel mengikut prosuder yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

#DemiMalaysia
#KontinjenMALAYSIA
#Tokyo2020
#Paralympics

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo

Kongsi di
Media Sosial

Logo-logo